20 Julai malam result Pekan Teater (KTSN no. 3!!), esoknye terus ade MPPK (Malam Pengenalan Persatuan/Kelab). Kat dalam bas mase balik KL bahagi tugas, esok serius rushing setelkan board.. huhu.. apepun tahniah sebab sempat siapkan booth.. impian Faris nak letak kostum die kat board berhasil jugak..
Baru nak rehat jap, dah kene tubuh organisasi Teater Konvo. Fuhh.. penat Yani memikir.. sory la Yani, kalau boleh tanak pecah tradisi.. oleh sebab itu, saye fikir biar 2nd year yang jadi pengarah. Saye menolong je.. tapi at the end of the day, terpecah jugak satu tradisi lain.. pulak.. cakap tak serupe bikin betul!
Skrip.. Ya Allah, macam nak pecah kepala otak kitorang fikir.. dengan mase yang suntuk dan kurang jelas konsep sebenar yang dorang nak, skrip berubah-ubah dan berjaye difinalisedkan dalam seminggu sebelum tarikh pertandingan. Tapi pelakon ade la berlatih yang mane boleh dulu.. kurang bernasib baik kali ini kerana 90% latihan di buat di Gelanggang Bola Tampar kerana Dewan Serbaguna digunakan sepanjang minggu untuk program “English Speaking Zone”.. tak boleh nak salahkan sesiape pun.. memang bukan nasib tahun ni.. tapi last2 ade jugak gune DSG.. mase tu baru dorang2 ni rase lainnye berlatih kat court dengan kat atas pentas DSG.. feel lagi senang masyuk...
Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, kali ini pelakon sahaja dah 18 orang. Termasuk pelakon last minit yang poyo tu 19 orang.. ramai tu.. sebelum ni tak lebih 10 orang yang akan naik pentas.. ye la konsep tahun ni pun lain.. Teater berkonsepkan “choral-speaking”.. huh tak pernah2 buat macam ni.. mase serius singkat.. culture shock betul! pecah kepale pikey..
petang hari kejadian.. test pentas..
dari kiri, yuyun, senior kuase 2 - abang izham, yani, ili, appa..make up artist yang baru 1 minit dilantik, terus memulakan tugas dengan bagusnye.. ngade2 nak make up jugak..
Okay.. malam kejadian.. dimulakan dengan Kolej Burhanuddin Helmi.. KTSN turn ke-3..
Habis je.. ape lagi, sesi tangkap gambar dan memperasankan diri..
"Memecah tradisi" yang yuyun mention kat atas tadi ialah..
Kelab Seni Warisan KTSN menetapkan bahawa semua pelakon Teater Konvo adalah 1st year sahaja dan Pengarah adalah 2nd year.. (kolej lain ade senior naik pentas, ni la specialnye KTSN) tapi ni mane sesat senior tak sedar diri nih? Haru betul..
teddy bear Miza mencapap tanpe henti..(saad, yuyun, ili, teddy bear, cik mude)
nasrul dan syawal je la pelakon KTSN pada masa itu yang berjantina lelaki..
nasrul dan syawal je la pelakon KTSN pada masa itu yang berjantina lelaki..Ala.. ni la mangse kejadian.. susah nak dapat pelakon 1st year last minit.. berkali-kali cari tak dapat jugak.. (esok nak bertanding, malam tu decide pelakon).. haru lagi..
Keputusan pertandingan, KTSN hanya mendapat saguhati.. first time KTSN tak bawa balik ape2 tempat bagi sesuatu pertandingan.. tapi takpe, yang penting KITA ENJOY!!
tak comel la kalau letak kat almari piala
Post-mortem 15 Ogos 2008, Bilik JAKSA. Banyak la wasiat-wasiat diturunkan oleh senior-senior nih.. at the same time banyakla iklan JOM TENGOK TEATER! diudara bilik JAKSA tu oleh senior yang bernama yuyun.. aduh budak ni lagi.. malu aku..
Harapan kami, agar pelakon2 serta ajk2 1st year ni tak “hilang bersama angin” lepas ni kerana mengikut perancangan, Teater Amal akan diadakan sesi ini.. lagipun korangla pelapis serta kek lapis bagi meneruskan kegemilangan Teater KTSN akan datang..
Aduh.. lepas ni Annual Grand Meeting Kelab..
AGM Kelab Seni Warisan
20 Ogos 2008 . 8.45 malam
Blok 8, KTSN
20 Ogos 2008 . 8.45 malam
Blok 8, KTSN
Ahli kelab jangan lupe datang kalau nak claim duit belen Teater Muzikal Ibu Zain eh..
Pinjam ayat Cael : you guys.. YOSH!!
P/S : next time usah memecah lagi kalau boleh..













No comments:
Post a Comment