Sunday, August 17, 2008

JOM TENGOK TEATER!

Buat julung kalinya dan dengan bangganya,
KELAB SENI WARISAN, Kolej Tun Syed Nasir membawakan kepada anda program..

“JOM TENGOK TEATER!™”

TEATER MUZIKAL IBU ZAIN
18 OGOS (ISNIN) . 8.30 MALAM
ISTANA BUDAYA

Antara objektif utama program ini dianjurkan ialah:


1. Memberi pengalaman kepada peserta untuk menonton persembahan atau pementasan di Istana Budaya yang jaraknya hanya beberapa meter dari kolej yang dicintai. Yela.. dekat je kut IB tu dengan KTSN..

2. Memberikan pendedahan kepada peserta khususnya ahli kelab mengenai cara atau gaya sebenar sesuatu teater itu dipentaskan. Ini diharap dapat meningkatkan kualiti pementasan teater KTSN pada masa akan datang.

3. Mengenali tokoh negara (Ibu Zain) dengan lebih jelas dan memahami perjuangan yang telah beliau lakukan. Ini bersempena dengan bulan kemerdekaan negara yang ke 51.


Sepanjang promosi yang telah dilakukan, (poster serta mulut), borang yang berada di tangan Yani (yang pada awalnya untuk ditampal di fakulti) serta yang ditampal pada cafe dan board JAKSA,(so, 3 borang la) hampir penuh tidak sampai 24 jam ditampal. Satu borang boleh memuatkan dalam 18 orang. Pada awalnya 20 tiket sahaja dibooking namun telah memaklumkan kemungkinan besar akan mencapai 30 orang. Pada hari Khamis petang, saya telah memaklumkan sekali lagi bahawa sekurang-kurangnya 45 orang berminat. Malam Khamis tersebut, permohonan telah meningkat sehingga lebih 70 orang di mana, seramai 19 orang telah membayar lebih awal. Sehingga ke tengah malam, ada yang masih mengorder tiket melalui YM.


Hari Jumaat, mencecah 75 orang. Sekali lagi memberitahu pihak Istana Budaya bahawa bilangan peserta meningkat mungkin sehingga 80 orang. Terkejut encik tu. “Waah.. Ramainye..” kata encik itu. Bak kate Motik, “melimpah-limpah”.. sehingga malam, lebih 80 orang, namun, terdapat beberapa orang yang terpaksa menarik diri kerana mempunyai komitmen lain pada malam Isnin nanti. Malam tersebut, sekali lagi operasi mengutip duit dari bilik ke bilik diteruskan dan disambung dengan kutipan dari orang ke orang yang terserempak semasa berjalan-jalan di area KTSN. Seramai 39 orang telah membuat pembayaran. Haa.. kalau ikutkan nak ambil tiket petang tu, tapi hujan.. malas lah pulak. Lagipun duit tak banyak lagi.. takut rugi..


senarai nama peserta.. dah mula jadi rojak dah..


Okay. Sabtu, disebabkan box-office dibuka pukul 3.00 petang, maka, pemegang duit tiket ni akan ke “pejabat-kotak” tersebut untuk menjelaskan urusan tiket. Terdapat beberapa orang yang berminat untuk turut serta terpaksa diberikan pemberitahuan yang mendukacitakan.. maaf sangat-sangat.. Terpaksa limitkan penyertaan kepada 80 orang untuk memudahkan urusan... Petang hujan jugak.. tak boleh jadi nih.. mesti ambil tiket petang ni juga.. bukan ape, senang kerja nanti.. Thank You la Motik sebab sudi temankan saye berhujan-hujan tadi.. (ala, pastu pegi Times Square shopping .. huhu..)


Sampai kat IB je, tibe-tibe ternampak satu iklan..


“UJIBAKAT TEATER KANAK-KANAK SINBAD”


Wah.. dorang dah buat audition.. baru cadang nak tengok Sinbad hujung tahun nie.. nak promote awal lah..


Kepada anda semua,

TEATER KANAK-KANAK SINBAD AKAN DIPENTASKAN DI ISTANA BUDAYA PADA 29 NOVEMBER - 6 DISEMBER 2008.

Harga tiket tak tau.. meh la tengok.. kanak-kanak ni.. mesti cute!


Ni laa tiket-tiket Teater Muzikal Ibu Zain untuk 80 orang tu..


Pemberitahuan : senang cerite, pakaian ialah semi-formal atau smart casual.
Masa berkumpul : 7.50 malam
Tempat berkumpul : depan bilik JAKSA
Pengangkutan : Jalan kaki kot.. takde maknenye nak naik bas..


Harap dapat datang awal kerana beberapa perkara perlu dibriefingkan kepada peserta serta pemberian tiket.


JANGAN LUPA UNTUK MAKAN MALAM PADA PETANG HARI KEJADIAN
kerana tiada sebarang nasi goreng atau makanan lain dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan tu.. lagipun show pukul 8.30 malam, takde maknenya nak makan pukul 8.00 malam.. nanti kalau tengah syok layan teater, tibe2 bau pulak nasi goreng ikan masin cafe KSTN kat dewan tu, yuyun ketuk orang tu bile balik KTSN nanti.. Haru betul...


Okey.. jangan lupe eh.. thank you atas sokongan dan keberminatan anda terhadap program “JOM TENGOK TEATER!™” ni... kepada ahli kelab, belen 2 hinggit akan dipulangkan pada waktu yang sesuai nanti.. bukan ape, senang nak collect duit..


SELAMAT MENONTON!


p/s : selalu sangat orang keliru Teater Muzikal Ibu Zain dengan Kolej Ibu Zain, UKM. Haihh.. bace poster sampai habis...

“p/s paling penting: Sesungguhnya teater ini BUKAN dipentaskan oleh pelajar dari Kolej Ibu Zain, UKM. Harap maklum. ;-)”

No comments: