Saturday, August 23, 2008

Dah tengok teater..


“Nan setitik jadikan laut,

Nan sekepal jadikan gunung,

Alam terkembang jadikan guru,

Akar di bumi akal ke langit”


(petikan dari Teater Muzikal Ibu Zain)


Alkisah, pada 18 Ogos lalu terjadilah satu peristiwa yang ditunggu2.. Seramai 78 orang penonton dari KTSN, bersiap sedia untuk menonton pementasan Teater Muzikal Ibu Zain . Selepas je Maghrib, terus je berduyun-duyun berkumpul di depan bilik JAKSA dan kemudian ke arah Istana Budaya dengan menggunakan kaki secara berjemaah. Tempat yang telah ditetapkan ialah Upper Circle, bahagian hujung.. maksudnye, atas sekali, kat hujung..


Alkisahnye lagi sekali, sebab ingat dah lewat, saye dan beberape kawan saye pun meluru ke lif, nak naik atas.. tapi kemudian ditahan oleh saudari yang meng’usher’ pada ketika itu.. lepas tu die minta kami tunggu di bahagian pintu masuk utama.. dalam hati, “bile mase pulak IB buat lif ke upper circle dari tempat pintu masuk utama? Ke dorang buat tangge baru kat dalam..?”


Mase tu Yuyun, Amalina, Yani dan Puan Yani adalah penonton dari KTSN terakhir yang masuk ke dalam. Duk ikut je Encik yang guide kami ke dalam. Dia bawe ke Stalls.. tempat yang bawah dan depan stage. Die ni silap bawa kami ke..? pastu ade la saudari ni bertanye “ Encik, kami Upper Circle,” “Takpe, silakan duduk,”


WAAH!!! DUDUK DEPAN!
Duduk je, terus “rezeki, bayar murah,duduk depan..” “SERONOKNYE!” “WAAHH!! BESTNYE!” dan macam-macam lagi.. Kami berempat tertanye2 mane yang lain? Ingatkan diaorang kat belakang, rupe2nye kami yang paling belakang dari mereka!



View dari tempat duduk Saad dan lain-lain.. dekat tak dekat?


Sebelum pementasan, nyanyian lagu Negaraku dinyanyikan oleh seluruh dewan. Beberape minit selepas hadirin duduk, “Uuuuuuuuuuu...uuuuuuuuuu..” (intro lagu die)


“Sebuah kampung namanya Nyalas,

Letak di dalam negeri Melaka,

Penduduk rukun saling bergalas,

Pandai berpantun dan berseloka..”


Yeay.. dah start.. kami pun menontonnya dengan penuh khusyuk.. seronok cerita ni.. bermula dengan Ibu Zain atau Nal atau nama penuhnya Zainun Munsyi Sulaiman masih bayi (anak patung kot), sehinggalah kanak-kanak (Nurul Syariza) sehinggalah remaja (Tengku Iezahdiyana Nurhanie) sehinggalah dewasa (Nur Fatimah) sehinggalah berumur (Liza Othman, yang juga berlakon jadi emak Ibu Zain semasa bayi)..


Antara babak comel:

  1. cara murid2 Ibu Zain beri salam kepada Miss Ruth.. berlagu-lagu.. syok dengar..
  2. Miss Ruth gelakkan Shellabear.. cute gile..kelakar..
  3. Avaa dan Catriona bercakap seperti mat saleh.. fuyoo..
  4. Jemaah dengan gayenye yang over..
  5. budak yang asyik kene tolak je dengan makcik2 vogue.. kesian..
  6. cikgu 3 orang ber.. ape orang cakap tu.. macam bersyair mase nak cerite pasal Ibu Zain.. unik..
  7. selipar budak2 bunyi kelepek, kelepek.. (duduk depan la katakan)
  8. jiran mempraktikkan ape yang Nal ajar, “one, two, three, yes, no, alright” (lebih kurang la..)
  9. jepun gatal..”rugi! rugi!”, pastu Ibu Zain balas, “ye, rugi,
  10. cikgu seorang duduk 2 kerusi.. tak muat..


Banyak lagi sebenarnye..

Macam ayat2 die.. cume tak pasti ayat sebenar yang diorang cakap.. yela mane boleh rewind balik kan..


“membuatkan saya sakit.. punggung,” miss ruth.. comel benar..

“kenape bulan? Kenape bukan matahari?”

“saya dah pandai bible, saya pun dah pandai al-quran, sekarang, siape lagi pandai?”

Etc..


Kalau nak ulasan yang lebih lanjut dan ‘profesional’ boleh ke

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm


Selepas pementasan (11.30 pm habis), ade sesi sign-sign autograph oleh pelakon2 kat foyer IB. Lepas tu, start le bebudak KTSN ni duk tangkap gambar dengan pelakon2.



dari kiri, Miza, Yuyun, Avaa (Shellabear), Saad.. die peluk agak kuat juge.. tapi tu namenye mesra..


Dengan Catriona Ross pulak.. aka Miss Ruth..


'Ibu Zain' di sini..



sebelum balik kolej.. tangkap gambar lagi..


Kemudian, kami pun pulang ke kolej, juge dengan menggunakan kaki. Sampai bilik, tengok jam, dah pukul 12 lebih..


Apepun, Teater Muzikal Ibu Zain ni tak mengecewakan.. BEST! LEBIH2 LAGI DAPAT DUDUK DEPAN! LAGI BERGANDE-GANDE LAH BESTNYE..! before ni bayar mahal-mahal pun duduk belakang juge, ni berape ringgit je (harga istimewa), dapat duduk depan. Berbaloi sungguh!



Sejarah Ibu Zain pun dapat disingkap melalui teater ni. Ye la selalunye kan kalau subjek sejarah je, liat nak bace kan? kan? Jadi sekurang-kurangnye, sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-51 ni, adelah pengisian bagi kesedaran tentang perjuangan pemimpin-pemimpin dulu dari teater ni. Contohnye, Ibu Zain, pemimpin wanita yang gah namenye. Senang kita nak faham sejarah sebenar wanita ini (pelajar Kolej Ibu Zain pun akan lebih faham. - Mase tu macam ade nampak kelibat student Ibu Zain tengok sekali, tapi tak taulah..) Ade pula soksek-soksek, "lepas ni bile Teater Muzikal Tun Syed Nasir eh?".. haihh..


Jadi harapannye, semoga next time KSW dapat meneruskan program JOM TENGOK TEATER! ni. Tak rugi organize and join. Bile lagi nak masuk IB ramai2 kan?



kami dah tengok TMIZ! next theatre..?


Mid sem akan bermula 25 Ogos ni. Jadi, berusahalah! Bak dalam lagu Ibu Zain dengan muridnye:


“Cikgu apa hendak dibuat?

Gunakan otak sihat.

Apa pula dihajat?

Belajar dengan kuat.

Belajar dengan kuat.

Menjadi bangsa berdaulat,

Semoga bersepakat..”


GOOD LUCK SEMUA!



kami yang cute..

p/s : adeke dorang cakap saye macam Ibu Zain mase remaje.. kelakar pun ade, bangge pun ade.. hihi.. ;)

Sunday, August 17, 2008

BUSANA MAHKOTA ALAM

Pada 10 Ogos (Ahad) yang lalu, Pertandingan Seni Kreativiti Pentas (student KTSN panggil “Teater Konvo”) telah diadakan di Dataran Gemilang, UKM Bangi. Seramai 10 kolej menyertai pertandingan ini. Seperti biase, KTSN kesayangan saye ni join juge. Tapi tu lah.. baru je habis Festival Teater UKM (dikenali dengan “Pekan Teater” bagi KTSN), pastu sambung dengan Teater Konvo pulak.. aduh.. gawat bener..

20 Julai malam result Pekan Teater (KTSN no. 3!!), esoknye terus ade MPPK (Malam Pengenalan Persatuan/Kelab). Kat dalam bas mase balik KL bahagi tugas, esok serius rushing setelkan board.. huhu.. apepun tahniah sebab sempat siapkan booth.. impian Faris nak letak kostum die kat board berhasil jugak..

di sudut props booth KSW.. tak nampak dah props yang disusun kat belakang tu dorang block..

Baru nak rehat jap, dah kene tubuh organisasi Teater Konvo. Fuhh.. penat Yani memikir.. sory la Yani, kalau boleh tanak pecah tradisi.. oleh sebab itu, saye fikir biar 2nd year yang jadi pengarah. Saye menolong je.. tapi at the end of the day, terpecah jugak satu tradisi lain.. pulak.. cakap tak serupe bikin betul!

Skrip.. Ya Allah, macam nak pecah kepala otak kitorang fikir.. dengan mase yang suntuk dan kurang jelas konsep sebenar yang dorang nak, skrip berubah-ubah dan berjaye difinalisedkan dalam seminggu sebelum tarikh pertandingan. Tapi pelakon ade la berlatih yang mane boleh dulu.. kurang bernasib baik kali ini kerana 90% latihan di buat di Gelanggang Bola Tampar kerana Dewan Serbaguna digunakan sepanjang minggu untuk program “English Speaking Zone”.. tak boleh nak salahkan sesiape pun.. memang bukan nasib tahun ni.. tapi last2 ade jugak gune DSG.. mase tu baru dorang2 ni rase lainnye berlatih kat court dengan kat atas pentas DSG.. feel lagi senang masyuk...

persiapan full-dressed rehearsal kat DSG..

anak sapa la ni..

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, kali ini pelakon sahaja dah 18 orang. Termasuk pelakon last minit yang poyo tu 19 orang.. ramai tu.. sebelum ni tak lebih 10 orang yang akan naik pentas.. ye la konsep tahun ni pun lain.. Teater berkonsepkan “choral-speaking”.. huh tak pernah2 buat macam ni.. mase serius singkat.. culture shock betul! pecah kepale pikey..

petang hari kejadian.. test pentas..

dari kiri, yuyun, senior kuase 2 - abang izham, yani, ili, appa..

beberapa minit sebelum acara..


make up artist yang baru 1 minit dilantik, terus memulakan tugas dengan bagusnye.. ngade2 nak make up jugak..

Okay.. malam kejadian.. dimulakan dengan Kolej Burhanuddin Helmi.. KTSN turn ke-3..

KTSN dan busananya..

Habis je.. ape lagi, sesi tangkap gambar dan memperasankan diri..

yeay! abis dah.. kelihatan Saad begitu girang di hadapan..

amboi.. amboi..

"Memecah tradisi" yang yuyun mention kat atas tadi ialah..

Ni ha! melampau betul kanak-kanak ni..

Kelab Seni Warisan KTSN menetapkan bahawa semua pelakon Teater Konvo adalah 1st year sahaja dan Pengarah adalah 2nd year.. (kolej lain ade senior naik pentas, ni la specialnye KTSN) tapi ni mane sesat senior tak sedar diri nih? Haru betul..

ape appa buat..?

teddy bear Miza mencapap tanpe henti..(saad, yuyun, ili, teddy bear, cik mude)


nasrul dan syawal je la pelakon KTSN pada masa itu yang berjantina lelaki..

gambar terakhir sebelum balik KL.. (mira, cael, lilo, yuyun, ain)

Ala.. ni la mangse kejadian.. susah nak dapat pelakon 1st year last minit.. berkali-kali cari tak dapat jugak.. (esok nak bertanding, malam tu decide pelakon).. haru lagi..

Keputusan pertandingan, KTSN hanya mendapat saguhati.. first time KTSN tak bawa balik ape2 tempat bagi sesuatu pertandingan.. tapi takpe, yang penting KITA ENJOY!!


semarak tari saguhati pun dapat piale kecik, ni dapat mug..
tak comel la kalau letak kat almari piala

Post-mortem 15 Ogos 2008, Bilik JAKSA. Banyak la wasiat-wasiat diturunkan oleh senior-senior nih.. at the same time banyakla iklan JOM TENGOK TEATER! diudara bilik JAKSA tu oleh senior yang bernama yuyun.. aduh budak ni lagi.. malu aku..

Harapan kami, agar pelakon2 serta ajk2 1st year ni tak “hilang bersama angin” lepas ni kerana mengikut perancangan, Teater Amal akan diadakan sesi ini.. lagipun korangla pelapis serta kek lapis bagi meneruskan kegemilangan Teater KTSN akan datang..

tak paham aku! ritual ape dorang buat nih?

Aduh.. lepas ni Annual Grand Meeting Kelab..

AGM Kelab Seni Warisan
20 Ogos 2008 . 8.45 malam
Blok 8, KTSN


Ahli kelab jangan lupe datang kalau nak claim duit belen Teater Muzikal Ibu Zain eh..

Pinjam ayat Cael : you guys.. YOSH!!

P/S : next time usah memecah lagi kalau boleh..

JOM TENGOK TEATER!

Buat julung kalinya dan dengan bangganya,
KELAB SENI WARISAN, Kolej Tun Syed Nasir membawakan kepada anda program..

“JOM TENGOK TEATER!™”

TEATER MUZIKAL IBU ZAIN
18 OGOS (ISNIN) . 8.30 MALAM
ISTANA BUDAYA

Antara objektif utama program ini dianjurkan ialah:


1. Memberi pengalaman kepada peserta untuk menonton persembahan atau pementasan di Istana Budaya yang jaraknya hanya beberapa meter dari kolej yang dicintai. Yela.. dekat je kut IB tu dengan KTSN..

2. Memberikan pendedahan kepada peserta khususnya ahli kelab mengenai cara atau gaya sebenar sesuatu teater itu dipentaskan. Ini diharap dapat meningkatkan kualiti pementasan teater KTSN pada masa akan datang.

3. Mengenali tokoh negara (Ibu Zain) dengan lebih jelas dan memahami perjuangan yang telah beliau lakukan. Ini bersempena dengan bulan kemerdekaan negara yang ke 51.


Sepanjang promosi yang telah dilakukan, (poster serta mulut), borang yang berada di tangan Yani (yang pada awalnya untuk ditampal di fakulti) serta yang ditampal pada cafe dan board JAKSA,(so, 3 borang la) hampir penuh tidak sampai 24 jam ditampal. Satu borang boleh memuatkan dalam 18 orang. Pada awalnya 20 tiket sahaja dibooking namun telah memaklumkan kemungkinan besar akan mencapai 30 orang. Pada hari Khamis petang, saya telah memaklumkan sekali lagi bahawa sekurang-kurangnya 45 orang berminat. Malam Khamis tersebut, permohonan telah meningkat sehingga lebih 70 orang di mana, seramai 19 orang telah membayar lebih awal. Sehingga ke tengah malam, ada yang masih mengorder tiket melalui YM.


Hari Jumaat, mencecah 75 orang. Sekali lagi memberitahu pihak Istana Budaya bahawa bilangan peserta meningkat mungkin sehingga 80 orang. Terkejut encik tu. “Waah.. Ramainye..” kata encik itu. Bak kate Motik, “melimpah-limpah”.. sehingga malam, lebih 80 orang, namun, terdapat beberapa orang yang terpaksa menarik diri kerana mempunyai komitmen lain pada malam Isnin nanti. Malam tersebut, sekali lagi operasi mengutip duit dari bilik ke bilik diteruskan dan disambung dengan kutipan dari orang ke orang yang terserempak semasa berjalan-jalan di area KTSN. Seramai 39 orang telah membuat pembayaran. Haa.. kalau ikutkan nak ambil tiket petang tu, tapi hujan.. malas lah pulak. Lagipun duit tak banyak lagi.. takut rugi..


senarai nama peserta.. dah mula jadi rojak dah..


Okay. Sabtu, disebabkan box-office dibuka pukul 3.00 petang, maka, pemegang duit tiket ni akan ke “pejabat-kotak” tersebut untuk menjelaskan urusan tiket. Terdapat beberapa orang yang berminat untuk turut serta terpaksa diberikan pemberitahuan yang mendukacitakan.. maaf sangat-sangat.. Terpaksa limitkan penyertaan kepada 80 orang untuk memudahkan urusan... Petang hujan jugak.. tak boleh jadi nih.. mesti ambil tiket petang ni juga.. bukan ape, senang kerja nanti.. Thank You la Motik sebab sudi temankan saye berhujan-hujan tadi.. (ala, pastu pegi Times Square shopping .. huhu..)


Sampai kat IB je, tibe-tibe ternampak satu iklan..


“UJIBAKAT TEATER KANAK-KANAK SINBAD”


Wah.. dorang dah buat audition.. baru cadang nak tengok Sinbad hujung tahun nie.. nak promote awal lah..


Kepada anda semua,

TEATER KANAK-KANAK SINBAD AKAN DIPENTASKAN DI ISTANA BUDAYA PADA 29 NOVEMBER - 6 DISEMBER 2008.

Harga tiket tak tau.. meh la tengok.. kanak-kanak ni.. mesti cute!


Ni laa tiket-tiket Teater Muzikal Ibu Zain untuk 80 orang tu..


Pemberitahuan : senang cerite, pakaian ialah semi-formal atau smart casual.
Masa berkumpul : 7.50 malam
Tempat berkumpul : depan bilik JAKSA
Pengangkutan : Jalan kaki kot.. takde maknenye nak naik bas..


Harap dapat datang awal kerana beberapa perkara perlu dibriefingkan kepada peserta serta pemberian tiket.


JANGAN LUPA UNTUK MAKAN MALAM PADA PETANG HARI KEJADIAN
kerana tiada sebarang nasi goreng atau makanan lain dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan tu.. lagipun show pukul 8.30 malam, takde maknenya nak makan pukul 8.00 malam.. nanti kalau tengah syok layan teater, tibe2 bau pulak nasi goreng ikan masin cafe KSTN kat dewan tu, yuyun ketuk orang tu bile balik KTSN nanti.. Haru betul...


Okey.. jangan lupe eh.. thank you atas sokongan dan keberminatan anda terhadap program “JOM TENGOK TEATER!™” ni... kepada ahli kelab, belen 2 hinggit akan dipulangkan pada waktu yang sesuai nanti.. bukan ape, senang nak collect duit..


SELAMAT MENONTON!


p/s : selalu sangat orang keliru Teater Muzikal Ibu Zain dengan Kolej Ibu Zain, UKM. Haihh.. bace poster sampai habis...

“p/s paling penting: Sesungguhnya teater ini BUKAN dipentaskan oleh pelajar dari Kolej Ibu Zain, UKM. Harap maklum. ;-)”

Thursday, August 14, 2008

sibuk tapi seronok..

tahun lepas, bile pesta konvo nak start je, mulelah sibuk program tu, program ni.. tahun ni, perkara yang same berlaku lagi.. jadi mulelah sibuk itu, sibuk ini..

berikut merupakan 'aturcara program' saya sempena pesta konvo ke-36 yang baru je habis..

seminggu sebelum 10/8
preparation untuk teater konvo

10/8 (ahad)
awal petang - jalan-jalan area dataran dewan gemilang,ukm
petang sikit - persediaan untuk malamnye
malam - teater konvo (choral speaking version)

11/8 (isnin)
pagi - kelas kat kl
petang - klinikal kat booth jpd
malam - semarak tari

12/8 (selasa)
pagi sampai petang - klinikal kat booth jpd
malam - jamuan mantan jaksa (puri pujangga, ukm)

maksudnye, tiga hari dan juga tiga malam berturut-turut kene ulang alik ke bangi.. sayang bangi eh? penat? memang penat.. setiap kali dalam bas je, tidur merupakan aktiviti wajib yang saye buat. tapi penat-penat pun seronok.. pengalaman macam ni, dah tua susah nak dapat.. betul tak? rasanye tahun ni lagi banyak aktiviti yang sekretariat pesta konvo buat, cume tak semua ktsn boleh join..

paling penting booth fskb still mendapat sambutan yang baik.. penat mulut bercakap dengan klien untuk beri kaunseling pemakanan.. rase macam boleh tak saye nak ukur-ukur je.. tapi bile fikir-fikir balik, ni la antara cara untuk kita mempraktikkan ape yang kite dah belajar selame ni.. kadang-kadang pertanyaan 'cute' keluar dari mulut klien..

"saya 162 cm saje, nak jadi tinggi sampai 175cm.. macam mane ye? 162 tu tinggi perempuan.. boleh buat terapi tulang tak supaya tulang saya boleh dipanjangkan?"

"tak suka minum susu, tak suke makan sayur, tak suke makan buah. ape nak buat? dah tak makan semue tu. dah tak boleh buat ape dah. (encik merokok ke?) ye, takde rokok tak boleh hidup. awak suka gune jalan mane? jalan tar ke jalan berdebu? jalan tar kan? (nak kaitkan dengan tar kat rokok eh?, saye lebih suka jalan yang bersih..)"

" boleh tak saye nak makanan yang kat food pyramid tu? nampak real"

..sempat bergambar..


..gaya leman menunggu klien..


sebenarnye banyak lagi perkara-perkara yang mencabar minda berlaku.. mase ni lah kite akan tahu dan cube cari jawapan untuk banyak lagi bende yang kite mungkin tak dapat mase kuliah..

..inilah antare 'fake food' yang nampak real tu..

ape-ape pun.. pengalaman itu penting..

p/s : harap-harap impian menambahkan berat tercapai..

selamat datang yuyun..;)

setelah berkurun lamenye menyimpan hasrat mempunyai blog sendiri, akhirnye hari ni, yuyun beranikan jugak untuk menulis sesuatu.. ye lah.. suke baca blog orang. dah create blog sebulan lepas, tapi bile jari jemari kat keyboard je, tak tau nak taip ape.. nak letak name url pun pening.. yelah dah ade orang gune name 'yuyun' untuk blog die.. pening2 sangat, letak je name yang yuyun gune untuk pendrive hijau yuyun, username etc. dari dulu lagi.. thanks to sape2 yang memberi sokongan untuk yuyun meneruskan hasrat yang telah dipendam sejak awal 2nd year.. tapi tu lah.. serius tak tau nak start dengan ape.. so, jadi kepade blogger2 yang dah kaki tu, berilah tunjuk ajar ye.. saye budak baru belajar, kalau salah ke, silap ke, ade idea ke, tolonglah tunjukkan..

p/s: sukenye dah ade blog.. hehe..