Friday, October 31, 2008
upload oh upload
"Kak khai guna IE ke firefox?"
"IE?"
"Internet Explorer"
"Owh. Kak Khai guna Internet Explorer"
"IC.. OK. OK. Thanks!"
"Hee... agaknye sebab ini kot" detikku dalam hati..sebab malas nak dok fikir sangat, so, aku decide buat esok je la (atau lebih dikenali dengan harini -31/10)..
alkisahnya, surf la internet ni guna IE (yang da lame tak buka-buka).. dipendekkan cerita, try la upload gambar.. bismillahirrahmanirrahim... taraa!!! yeah.. berjaya juga akhirnya! photo-photoku telah diupload!! huahahahahahah...
oleh itu terhasillah gambar-gambar makanan dan gambar-gambar lain yang berkaitan di blog ini... oleh itu tiadalah lagi gambar tangan love Kak Khai.. (im gonna miss that experimental photo) dan oleh sebab itu juga gumbiralah hati ini tatkala gambarku telah dapat ku lihat di blog yang tak seberape ini..
yea yea!! GUMBIRA!!
p/s : mungkin ini post terakhir di blog ini karena daku ingin berpindah.. berpindah??
why still cannot upload-upload photo here?
semenjak mengepost kisah Little Penang itu, sampei sekarang masih tidak dapatku mengupload photo..
"mengapa oh mengapa ? mungkinkah aku bersalah? cobalah dewi katakan..."
haih.. mengapa ya? tidak mahu kamu melekat di blog ini?
setiap kali ku mengklik butang 'publish post' terus.. servernya error..
pabilaku mengklik butang 'save now', juga terus.. servernya error..
mengapa sih?
sedang moodku berubah mahu mengaktifkan semula blog ini, sedang itu juga kamu tidak bekerjasama denganku..
hatiku sedih sekali tatkala mengenang tragedi ini..
tragedi oktober..
pabila tadi ku bereksperimentasi bersama kak khai mengupload photo di blog ini dengan komputer ribanya , boleh juga kamu melekat di blog ini (photo tangan love itu).. tetapi mengapa tidak begitu pabilaku coba melakukannya di komputer ribaku semula? apa karena virus atau apa?
mengapa sanggup kamu berbuat begini kepadaku..? mengapa?
p/s: sesungguhnya penulis blog ini bukan berbangsa indonesia, jadi sebarang 'grammar error' hendaklah diabaikan.. sekian terima kasih.. ~huuuu.. nak upload gambar.. :( ~
Tuesday, October 28, 2008
Aiseh.. ni yang tak besh ni.. (tapi ade yang besh juge)
perkara 1 : Tadi kejadian yang tak diingini (sangat tak diingini) telah berlaku.. huhu.. my weakness yang jiran-jiran bilik daku (yang terdekat) dah masak dengan situasi ni.. - KUNCI BILIKKU TERTINGGAL DI BILIK LAGI!. niat di hati nak jumpa Acap untuk pas kamera, paku dan some gambar di kafe. alkisahnye.. semasa keluar bilik, dah yakin ade pegang kunci bilik. jadi, tekanlah punat di belakang tombol pintu itu. lepas beberapa langkah, ku seluk-seluk poket seluar. abis! kunci takde! sedey gile.. kali ini kedua-dua plan utama dalam usaha membuka pintu tak dapatku lakukan atas sebab-sebab tertentu. Kak Khai yang menolong pun tak dapat nak buat ape. Thanks Kak Khai. akhirnya berjalanlah ke hulu ke hilir mencari felo untuk mendapatkan kunci bilik. kesian kakiku, penat melangkah. kesian juga Acap, penat menunggu. (ala, dia khusyuk tengok tv kot kat kafe tu - cerita 'larva kumbang yang rase macam kastard sejuk berisi daging busuk').. haih.. sedey..
~ni la kunci 'bertuah' ku~
perkara 3 : sebenarnya sejak menjadi 'Betty' ni, dah lame tak makan cokelat Mars, Snickers serta mengunyah chewing gum.. Jadi tadi, ternampak chewing gum cap Happydent kat Guardian. RM 0.98 je (lepas rounding adjustment RM1 jugak).. saje nak lepas gian kunyah 'singgam' (bahasa kecik2 dulu) ni.. manela tau doktor tu tipu ke.. (hehe.. salahkan doktor pulak, tak baik tau).. jadi tadi, daku pun mengambil 'sampel' chewing gum yang cinonet tu.. mula-mula kunyah, ok, tak melekat kat besi pun.. besh2.. haha.. aku boleh makan chewing gum rupenye.. doktor saje je kot beritahu pantang larang ni.. (jahat tak fikiran mase tu?).. sedang seronok dok mengunyah tibe2.. aiseh.. DIA MELEKAT KAT LELANGIT! ces!! lagi bertuah singgam nih!
~ aku bukan peminat 'singgam' cap Happydent ni eh.. cume beli je~perkara 4 : petang tadi tengok 'High School Musical 3 : Senior Year' kat Times Square.. umm.. ape yang boleh diopinionkan ialah.. koreografi dia kali ini lebih mantap, catchy, smart, sharp, (bukan sharpay eh), cantik dan yang sewaktu dengannye.. senang cerita serius mantap la.. seperti biase, watak kegemaran saye , Kelsi sentiase cool, cute, slumber, bijak, comel, ayu, dan kali ini dia lebih feminin..
~well, this is Kelsi aka Olesya. And Ryan aka Lucas~
~mase nak beli seat penuh.. so, pasrah je dengan seat yang ade, but the view still nice meh~
perkara 5 : yeay, baru tadi dijemput ke bilik terbuka kak Khai sempena Hari Jadinya hari ni. dapat makan kek cokelat bercip cokelat.. not bad.. not bad.. siap terjerumus dalam hal gosip dia dengan ehem ehem lagi.. Selamat Hari Jadi Kak Khai.. kadang-kadang gosip-gosip ni menjadi.. hehe..
perkara 6 : yeay.. chewing gum telah bebas dari lelangitku sekarang! ;)
p/s : nak upload gambar.... :(
Little Penang Café @ KLCC
Assalamualaikum.. nampaknya sejak last post, saye tak pernah jenguk blog saye yang satu ni. Hm.. kesian betul..
banyak perkara sebenarnya saya nak share tapi baik saya sampai satu per satu.. rileks ye yuyun.. tak ke mane blog ni.
Baru - baru ini saya telah pergi berjalan-jalan ke KLCC dan melangkahkan kaki ke restoran yang terletak di KLCC (memangla) yang dikenali dengan nama “LITTLE PENANG KAFE ”..
Pukul 2pm.. ramai orang.. adeke tempat lagi? berjalanlah pula ke arah Madam Kwan.. fuhh siap ade yang menunggu kat luar untuk dapat seat.. malaslah.. patah balik ke Little Penang.. Nasib baik ade orang yang baru je keluar setelah perut kenyang diisi makanan serta air.. kami pun menunjukkan muke kat pintu masuk kafe tu dan mengeskot waiter ke seat kami.. kemudian kami pun mengorder makanan yang terlintas difikiran setelah ditunjukkan menu.
menu pilihan?
~gambar ni je yang diupload dari internet.. :) ~
- CHAR KOEY TEOW dia ade isi ketam serta dua ekor udang.. taugeh die agak gemuk. Sedap. Betul sedap.. tapi kan ia akan menjadi lebih sedap jika mi nya ditambah lagi sikit.. mesti lagi besh!
~the kukus otak-otak.. yummy~
- OTAK-OTAK kat sini tak macam otak-otak kat pasar malam yang 50 sen sebatang tu.. kat sini, otak-otak dibungkus macam tapai , jadi banyak isinya. Plus, dorang tak bakar, dorang kukus. Panas lagi mase serve. Satu set ade 2 bungkus yang turut digarnishingkan dengan 2 hirisan timun di tepi pinggan. Yang bestnye, isi dia tak semuanya dihancurkan betul2, so, kite boleh rase ikan tu dengan nikmatnye.. sedap memang sedap tapi lidahku merasakan otak-otak bakar punye lagi umphh..
~the red ruby .. lalala..~
- RED RUBY. Cendol dia sedap, red ruby dia pun sedap. Bahan2 dia ialah ais, santan, nangka (ye nangka) n red ruby. Ape red ruby tu? Macam mane nak cakap ye? Dia macam jelly merah yang dalamnye ade sengkuang kecik. Sedap betul bende ni. Cume satu je yang kurang besh.. bila dah tinggal sikit, sudu susah nak kaut. Sebab sudu tebal. (Ini pun nak komplen ke?). So, kene sengetkan mangkuk untuk menjalankan kerja-kerja melicinkan dessert ni.. (means korang akan rase rugi kalau tak habiskan bende ni). harga dia rm 4.80.
~ all together.. ~
Seperti yang dinyatakan, tempat ni packed during lunch time. Jadi, kalau datang lambat, kena tunggu la.. tapi service die bagus.. makanan sedap, harga pun not bad. (tak bayar pun mase ni, orang nak belanje.. haha..)
~hehe.. makan time~
Little Penang Cafe
Tingkat 4, Suria KLCC
(Same floor as Kinokuniya)
p/s : lepas balik dari KLCC, teh ais café KTSN masih menjadi pilihan bile tekak ni rase haus tibe2.. [yang ni belanje sendiri.. ;) ]